Input your search keywords and press Enter.

Tiada Straw Bermula Mei

M Update, 20/3/2019 – Larangan penggunaan penyedut minuman atau straw plastik akan dimulakan di Melaka berkuatkuasa selewat-lewatnya pada Mei depan.

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew, berkata langkah berkenaan sebagai usaha untuk memelihara kualiti alam sekitar di negeri ini sekali gus mengurangkan pencemaran berasaskan plastik.

Justeru, pengusaha restoran atau kedai makan dinasihatkan supaya tidak menyediakan penyedut minuman plastik kepada pelanggan, kecuali mereka minta tanpa sebarang caj dikenakan. Buat masa ini, kerajaan negeri berhasrat untuk mendidik masyarakat supaya menggunakan bahan yang tidak boleh diurai. Kalau boleh jangan pakai (penyedut plastik),” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply