Input your search keywords and press Enter.

Serba Dinamik Raih Kontrak RM313 Juta daripada PETRONAS

Industri Oil & Gas Sarawak dijangka menyediakan peluang baru bagi pengambilan pekerja dan pembinaan keupayaan susulan pemeteraian kontrak yang berjumlah RM313 juta diantara Serba Dinamik Holding Bhd dengan Petronas Carigali Sdn Bhd. Kontrak itu membabitkan kemudahan di darat Pakej (Bintulu-Sarawak Gas) dan Pakej E (Miri-Sarawak Gas) di Terminal Minyak Mentah Miri dan kemudahan di darat Asam Paya dan kemudahan Bintulu Integrated.

Menurut kontrak kumpulan perkhidmatan tenaga antarabangsa Serba Dinamik akan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian kepada kemudahan Petronas di Sarawak. Kontrak itu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 12 Disember 2018 dan akan tamat tempoh tiga tahun kemudiannya, dengan opsyen dilanjutkan bagi tempoh dua tahun lagi.

Pemberian kontrak untuk kemudahan di Miri dan Bintulu mencerminkan rekod baik buat Serba Dinamik dari segi kualiti kerja dan penyampaian tepat pada masanya tanpa mengabaikan aspek keselamatan. Serba Dinamik amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan daripada PETRONAS kepada mereka.

Serba Dinamik melantik dua syarikat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas di bawah Program Pembangunan Vendor PETRONAS yang bertujuan memperkasa dan meningkatkan kemahiran syarikat tempatan bagi meningkatkan daya saing mereka di pasaran terbuka.

Dua syarikat berkenaan iaitu Ropetech Sdn Bhd dan Eastwind Solutins Sdn Bhd, akan menerima bimbingan Serba Dinamik selaku mentor serta menjalani program pembinaan keupayaan yang dirumuskan dan dipantau oleh PETRONAS.

Leave a Reply