Input your search keywords and press Enter.

MATRADE Catat Potensi Eksport RM110 Juta.

Sumber Gambar BH

Program padanan Perniagaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyatakan bahawa melalui Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2019 yang berlangsung pada 19 Mac berjaya memadankan 45 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dengan 17 pembeli asing dari negara seperti Kemboja, Vietnam, Thailand, Myanmar, Afrika Selatan, Hong Kong, India, Nepal, Poland, Emiriah Arab Bersatu dan Nigeria. Malah, International Sourcing Programme mencatat potensi nilai eksport lebih RM110 juta berjaya dilakukan dalam program Minggu Pembinaan Antarabangsa tersebut.

International Sourcing Programme (INSP) merupakan platform yang berkesan bagi Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Malaysia dalam undustri bahaan binaan untuk mencari pembeli Global dan saluran yang menjimatkan kos buat PKS yang mempunyai kaedah terhad menjual produk-produk mereka di peringkat Global.

Produk dan perkhidmatan Malaysia yang diketengahkan di INSP termasuklah produk-produk yang berkaitan dengan pembinaan seperto jubin, lantai dan pintu kayu, cat, perkakas kebersihan, produk keluli, peralatan keselamatan, produk jimat tenaga, jentera pembinaan, sistem IBS dan perkhidmatan pembinaan. Ini kerana produk-produk ini penting dalam membangunkan pembangunan negara.

Leave a Reply