Input your search keywords and press Enter.

GHL Peroleh Kontrak Subdisi Petrol Ron95 Yang Bernilai RM25 juta

GHL menyediakan kelengkapan dalam penyelesaian dan perkhidmatan permbayaran seperti terminal tempat jualan (POS), tambah nilai mudah alih, pembayaran bil, kad kesetiaan, kad hadiah serta pra bayar dan eWallet. Setakat ini, di Malaysia sahaja, terdapat 25,000 POS yang dimiliki oleh GHL Systems.

Kontrak bernilai RM25 juta diperolehi oleh GHL System Bhd dalam membangunkan aplikasi perisian serta perkakasan yeng membabitkan subsidi Petrol Ron95. Kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat GHL system Bhd iaitu GHL Transact Sdn Bhd daripada Ministry of Finance (MoF) Malaysia.

Terma-terma kontrak yang dipersetujui akan ditandatangani dan GHL akan membuat pengumuman yang perlu apabila Kementerian Kewangan mendedahkan buti-butir yang berkaitan.

Barisan kepimpinan GHL Systems antaranya dianggotai oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas, Datuk Kamaruddin, Taib Naib Pengerusi Eksekutif, Loh Wee Hian dan Ketua Pegawai Eksekutif, Danny Leong

Leave a Reply