Input your search keywords and press Enter.

Hudud akan dilaksana April ini

M Update, 28/3/2019 – Brunei, bekas jajahan British mempunyai 400,000 penduduk dengan 67 peratus beragama Islam. Mulai minggu depan, Brunei akan mula menguatkuasakan hukuman sebat atau direjam hingga mati bagi beberapa kesalahan seksual, termasuk homoseks, zina dan rogol.

Sebelum ini, Sultan Brunei yang juga Perdana Menteri mengumumkan undang-undang syariah itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Dalam fasa pertama yang dilaksanakan pada Mei 2014, umat Islam yang melakukan kesalahan hamil luar nikah, tidak solat Jumaat dan mempromosikan kepercayaan lain selain Islam, boleh dikenakan denda atau penjara. Sebelum ini, hukuman untuk kesalahan seks sejenis di Brunei ialah penjara sehingga 10 tahun.

Namun, menurut pertubuhan hak asasi manusia, pelaksanaan fasa kedua dan ketiga undang-undang Syariah itu membolehkan pesalah disebat atau direjam dengan batu sampai mati terhadap umat Islam yang melakukan kesalahan zina, liwat dan rogol serta kesalahan lain, seperti minum arak dan mencuri.

Brunei menangguhkan pelaksanaan dua fasa terakhir berikutan bantahan masyarakat antarabangsa pada 2014 namun menurut pengasas pertubuhan hak asasi manusia The Brunei Project, Matthew Woolfe, negara itu mahu melaksanakan kedua-duanya mulai 3 April ini.

Sehubungan dengan itu, banyak pertubuhan bukan kerajaan dan hak asasi manusia membantah pelaksanaan undang-udang syariah itu. Pertubuhan hak asasi manusia berpangkalan di Manila, ASEAN SOGIE Caucus, mengesahkan pelaksanaan kedua-dua fasa itu pada 3 April berdasarkan dokumen kerajaan.

Woolfe juga memberitahu bahawa Jabatan Perdana Menteri Brunei tidak membalas pertanyaan melalui e-mel dan mereka juga sedang berusaha untuk memberi tekanan kepada kerajaan Brunei tetapi beliau juga menyatakan masa yang ada sebelum undang-undang tersebut dilaksanakan adalah amat singkat. Di samping itu juga, Woolfe juga mendesak kerajaan lain supaya mengenakan tekanan diplomatik ke atas Brunei.

Sumber : HM Online

Leave a Reply