Input your search keywords and press Enter.

Tan Sri, Puan Sri dera amah

M Update, 29/3/2019 – Tiga wanita Indonesia yang bekerja sebagai amah kepada sepasang suami isteri bergelar Tan Sri dan Puan Sri di sebuah banglo mewah di Country Heights di Kajang, mendakwa didera majikan mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mereka dihantar ke Klinik Kesihatan Kajang untuk pemeriksaan doktor bagaimanapun hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati ketiga-tiganya tiada kecederaan fizikal, mental atau seksual.

Mereka mendakwa ditumbuk, ditampar dan tidak dibayar gaji sebelum bertindak memanjat pagar banglo untuk melarikan diri. Tindakan tiga wanita itu disedari seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan berkenaan sebelum membawa mereka ke Kedutaan Besar Republik Indonesia.

Hasil daripada siasatan awal mendapati mangsa yang berusia antara 25 hingga 41 tahun itu masing-masing sudah bekerja tujuh tahun, empat tahun dan enam bulan di banglo terbabit. Ketiga-tiga mereka mendakwa dilayan secara kasar dan pernah dipukul serta ditumbuk selain gaji mereka tidak dibayar selama mereka bekerja disitu. Selain itu, mereka juga turut mendakwa tidak dibenarkan pulang ke Indonesia oleh majikan tersebut.

Ekoran itu, ketiga-tiga mangsa kini sudah dihantar ke rumah perlindungan selepas memperoleh Perintah Perlindungan Sementara (IPO) daripada Majistret Kajang. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Susulan kejadian itu, pihak kedutaan Indonesia membuat satu laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee di ibu negara bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan tiga warga negaranya itu. Susulan laporan yang diterima, polis kemudian ke banglo berkenaan untuk melakukan pemeriksaan sebelum merampas dua pasport serta i-kad pekerja asing milik mangsa yang disimpan setiausaha suspek,” katanya.

Sumber : HM Online

Leave a Reply