Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Kaji Penyelarasan Saman

M Update, 1/4/2019 – Kerajaan sedang menjalankan kajian untuk menyelaraskan semua saman pihak berkuasa di jalan raya supaya tidak bercelaru,” kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Katanya, kerajaan memang berhasrat untuk melaksanakan cadangan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang ingin tahu sama ada kerajaan ada merancang untuk menyelaraskan saman bagi mengelakkan pengguna jalan raya disaman oleh beberapa agensi secara serentak, seterusnya berlaku pertindihan tugas.

Beliau berkata, penyelarasan itu perlu dilakukan supaya mereka mereka mengetahui agensi mana yang menjalankan penguatkuasaan. Itu satu cadangan baik dan memang kajian sedang dijalankan, kita memang menuju ke arah itu dana mahu ia dilaksanakan,” katanya semasa sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. – HM Online

Leave a Reply