Input your search keywords and press Enter.

Ada Cubaan Ganggu Gugat Kestabilan Negara

M Update, 2/4/2019 – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak terĀ­tentu yang berani menyentuh kesucian agama Islam di samĀ­ping memperlekehkan institusi diraja.

Pelbagai perkara yang berlaku di negara ini akhir-akhir ini seolah-olah menggambarkan wujudnya golongan yang mahu menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di Malaysia.

Ada pihak yang berani meĀ­lakukan perkara-perkara yang menyentuh kesucian agama Islam, memperlekehkan institusi diraja dan banyak lagi perkara yang berpotensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

ā€œBeta selaku ketua agama di negeri Terengganu mahu pihak yang berĀ­kenaan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara-perkara seperti itu tidak menular di neĀ­geri ini,ā€

Sultan Mizan bertitah, keraĀ­jaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar perlu terus komited memartabatkan agama dan umat Islam menerusi gerak kerja profeĀ­sional bagi menangkis sebarang fitnah dan tuduhan jahat sekali gus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai al-Din.

Baginda turut menyatakan rasa sukacita kerana kepemimĀ­pinan Ahmad Samsuri berjaya mengamalkan budaya matang dan sejahtera sekali gus mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dalam kalangan wakil rakyat dengan masyarakat tanpa mengira mana-mana parti ke arah menjadikan Terengganu sebagai negeri paling harmoni di Malaysia.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply