Input your search keywords and press Enter.

Manchester United Tersungkur

Perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pagi tadi diantara Wolvehampton Wanderes dengan Manchester United mencatatkan kemenangan kepada pihak Wolvehampton apabila gol sendiri dojaringkan oleh pemain pertahanan Manchester United iaitu Chris Smalling pada minit ke 77.

Walaupun perlawanan semalam memberi peluang kepada pemain muda di bahagian tengah Manchester United Scott McTominay untuk menjaringkan gol pertamanya namun kegembiraan itu hanya seketika apabila penyerang Wolve, Diogo Jota menjaringkan gol penyamaan 12 minit selepas goal McTominay.

Ini merupakan kali kedua Manchester United kalah kepada Wolvehampton selepas Manchester United disingkirkan oleh Wolve dalam liga FA Cup bulan lalu. Keputusan ini telah meletakkan United dalam keadaan yang berisiko dalam melayakkan diri ke liga juara-juara Eropah pada musim depan.

Leave a Reply