Input your search keywords and press Enter.

Laporan Nahas Ethiopian Airlines Bakal Didedah Hari Ini

M Update, 04/04/2019 –  Pihak berkuasa Habsyah dijangka mengeluarkan laporan awal siasatan mengenai nahas membabitkan pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines, hari ini.

Perkara itu didedahkan oleh dua sumber kepada AFP, semalam.

“Laporan mengenai nahas pada 10 Mac membabitkan pesawat Ethiopian Airlines mungkin diterbitkan pada Khamis di Habsyah, iaitu waktu tengah malam di Amerika Syarikat,” kata sumber yang rapat dengan siasatan tetapi enggan dikenali.

Sejak bulan lalu, pihak berkuasa penerbangan di seluruh dunia bertindak menghentikan operasi Boeing 737 susulan nahas terbabit yang mengorbankan 157 penumpang dan anak kapal.

Kemalangan itu berlaku kira-kira lima bulan selepas nahas membabitkan pesawat sama milik Lion Air yang menyebabkan 189 mangsa terbunuh.

Semalam, The Wall Street Journal melaporkan juruterbang Ethiopian Airlines terbabit mengikut prosedur kecemasan yang ditetapkan oleh Boeing, tetapi masih gagal mengawal pesawat terbabit. – AFP

Leave a Reply