Anak Syarikat Icon Offshore Bhd iaitu Icon Offshore Group Sdn Bhd mendapat kontrak bernilai RM8 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd
Maklumat daripada Bursan Malaysia menyatakan Icon Offshore berkata kontrak itu adalah untuk pembekalan kapal bekalan. Tarikh mula kelulusan arahan kerja berhubung kapal Tanjung Pinang 2 ialah pada 7 Mac 2019 untuk tempoh 180 hari, dengan opsyen lajutan 180 hari.
Syarikat itu berkata 3 daripada Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) secara kolektif meluluskan 5 kontrak bekalan kapal sokongan luar pesisir kepada Icon Offshore Group bagi Operasi Pengeluaran PAC menerusi 5 surat kelulusan bertarikh awal September 2018.
Icon Offshore berkata, ia akan membabitkan asas sah untuk tempoh tiga tahun dengan opsyen lanjutan satu tahun tambah satu tahun.