Input your search keywords and press Enter.

Ahmad Aqil Ditemui Lemas

M Update, 8/4/2019 – Mayat Ahmad Aqil Fadlullah Ahmad Ruhaimi, 10, yang terjatuh ke Sungai Manir, Kuala Terengganu, petang semalam, ditemui jam 10.30 malam tadi.

Panik melihat mangsa yang dipercayai tidak pandai berenang tenggelam timbul, tiga rakan dikatakan meninggalkan kawasan berkenaan tanpa memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung. Bagaimanapun, kehilangan mangsa disedari bapanya, Ahmad Ruhaimi Mohd Rehan, 40, yang mencarinya di kawasan sungai berkenaan selepas anaknya tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang kelmarin.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas bantuan pelbagai pihak terutama penduduk kampung dalam membantu operasi mencari mangsa. Ahmad Aqil, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Manir itu dikatakan ke sungai berkenaan bersama tiga rakan kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Mayat kanak-kanak itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat serta penduduk kampung pada jarak kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri, Mazimi Mohamad berkata, mayat ditemui dalam keadaan tertiarap di bawah jeti di sungai berkenaan.

Mayat dalam keadaan sempurna namun sedikit tegang kerana sudah berada 24 jam di dalam air. Sebaik ditemui, keluarga mangsa yang berada di lokasi membuat pengecaman dan mengesahkan mayat itu adalah Ahmad Aqil Fadlullah yang dilaporkan lemas petang semalam,” katanya ketika dihubungi.

Mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk tindakan lanjut. Katanya, operasi mencari malam ini diperkuatkan dengan 44 pegawai dan anggota membabitkan pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk setempat. – HM Online

Leave a Reply