M Update, 8/4/2019 – Panik dengan kehadiran seekor ular tedung selar sepanjang 3.5 meter, seorang tukang kayu berhenti bertukang buat seketika dan terus menghubungi 999.
Ular tedung selar itu dipercayai datang dari arah semak berhampiran sebelum memasuki rumah menerusi pintu belakang dan terus ke bilik mandi dan melingkar dalam tub mandi.
Operasi disertai oleh tiga anggota dan mereka mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular berbisa seberat sembilan kilogram itu.
Operasi tamat jam 12.03 tengah hari dan ular dibawa pulang ke pejabat sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.
Sumber : Harian Metro