Input your search keywords and press Enter.

Pemain Tertua: Isaak Hayik Cipta Rekod

FOTO:BBC

M-Update,8/4/2019, Penjaga gol dari Israel, Isaak Hayik meletakkan diri dalam catatan sejarah sebagai pemain tertua yang mengambil bahagian dalam sebuah perlawanan bola sepak profesional, Isaak yang berusia 73 tahun beraksi untuk pasukan Ironi Or Yehuda dalam satu perlawanan Liga Bet South A yang merupakan liga divisyen keempat Israel. Isaak menyatakan beliau sudah sedia untuk beraksi pada perlawanan seterusnya meskipun bermain penuh 90 minit perlawanan pada Jumaat lalu.

FOTO:BBC

Setelah tamat perlawanan, Isaak menerima pengiktirafan dan juga hadiah daripada Guiness World Of Recors. Meskipun pasukannya tewas dengan keputusan 5-1, Isaak yang dilahirkan di Iraq berpendapat beliau berjaya menafikan beberapa percubaan yang dilancarkan pihak lawan. Anak Isaak, Moshe Hayik yang berusia 36 tahun menganggap pencapaian bapanya itu sebagai satu perkara yang sukar untuk dipercayai.

Sebelum ini, rekod pemain tertua dipegang oleh pemain dari Uruguay, Robert Carmona yang beraksi untuk Pan de Acuzar pada tahun 2015 ketika beliau berusia 53 tahun.Rekod bagi pemain tertua yang menjaringkan gol pada perlawanan kompetitif dipegang oleh legenda Jepun yang masih beraksi sehingga ke hari ini, Kazuyoshi Miura.

FOTO:BBC

King Miura berjaya memadam rekod Sir Stanley Matthews apabila beliau menjaringkan gol kemenangan Yokohama FC pada perlawanan J-League 2 menentang Thespa Kusatsu pada 2017.-BBC NEWS

Leave a Reply