Input your search keywords and press Enter.

Ajal Bersama Cucu

M Update, 9/4/2019 – Lelaki bersama cucunya yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing ikan pagi semalam, ditemui lemas di Pantai Tempurung, Kuala Penyu, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Mangsa Ajiz Halis, 48, dan cucu lelakinya yang hanya dikenali sebagai Halid, 14, ditemui oleh orang awam kira-kira tiga kilometer dari pesisir pantai berkenaan, 7.15 pagi. Difahamkan, mangsa bersama cucunya keluar dari rumah di Kampung Bingkul, Beaufort, menuju ke laut Kampung Tempurung sekitar 7 pagi semalam dan tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang.

Penduduk kampung kemudian cuba mencari mereka tetapi hanya menemui pendayung perahu dinaiki mangsa. Curiga berlaku sesuatu, seorang daripada penduduk kampung kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, untuk bantuan mencari dan menyelamat.

Sebaik tiba di tempat kejadian, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pesisir pantai dijalankan dan ditangguhkan 7.42 malam tadi,” katanya di sini, hari ini. Menurutnya, operasi SAR disambung semula bersama 14 anggota dengan bantuan empat Pasukan Bomba Sukarela (PBS) daripada Berangkok, kira-kira 7 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.14 petang semalam berhubung dua lelaki dipercayai hilang di laut ketika mencari ikan. Bertindak atas maklumat itu, BBP Kuala Penyu bergegas ke lokasi kejadian sejauh 23 kilometer dari balai dengan menggunakan sebuah jentera bersama empat anggota dan seorang pegawai.

Pada jam 7.15 pagi, kedua-dua mangsa ditemui oleh orang awam di lokasi tiga kilometer dari pesisir pantai. Pasukan bomba bertindak mengangkat kedua-dua mangsa dari perahu ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – HM Online

Leave a Reply