Input your search keywords and press Enter.

Burger King Tarik Balik Iklan Makan Burger Guna Penyepit

M Update, 09/04/2019 – Burger King menarik balik video promosi di New Zealand, yang menunjukkan beberapa pelanggan cuba menikmati burger menggunakan penyepit.

Iklan berkenaan mencetuskan bantahan di China, dan mereka mendesak syarikat rangkaian makanan segera dari Amerika Syarikat itu supaya memohon maaf.

Video yang dimuat naik di akaun Instagram syarikat francaisi itu, menunjukkan beberapa orang barat cuba menikmati burger, menggunakan penyepit berukuran besar.

Ia bagi mempromosi burger baharu keluaran Burger King, iaitu Vietnamese Sweet Chilli Tendercrisp Burger.

Burger King berkata, pihaknya sudah meminta syarikat francaisi itu mengeluarkan video itu serta-merta, dan ia dilaporkan sudah dipadam daripada akaun Instagram menjelang tengah hari tadi.

“Iklan itu tidak sensitif dan tidak mencerminkan nilai jenama kami, terutama yang menyentuh kepelbagaian dan inklusi,” kata Burger King dalam satu kenyataan kepada Reuters.

Terdahulu, beberapa pengguna media sosial di China mendesak syarikat itu memohon maaf dan menyifatkan Burger King cuba mempersenda budaya serta etika makan masyarakat Asia. – Reuters

Leave a Reply