M Update, 9/4/2019 – Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan besar ditarik keluar dari van (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) pada insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.
Dr Shahrom berkata, mangsa mungkin diseret keluar dari van dinaikinya berdasarkan luka sagat melintang pada bahagian belakang badan, selain butang satu, dua dan empat yang didapati tercabut daripada baju celoreng anggota bomba terbabit. Saksi yang pernah memberi keterangan pada inkues kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed yang terjatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia Kuala Lumpur pada 2011 berkata, kecederaan juga menunjukkan tidak mungkin mangsa keluar sendiri dari van berkenaan.
Selain itu, saksi itu berkata, beliau sebaliknya berpendapat bahawa daun pintu EMRS diterajang dengan kuat sehingga menyebabkan luka sagat dan patah tulang tulang rusuk di dada kanan pada atas dan lebam paru-paru kanan. Daun pintu EMRS sekali lagi diterajang menyebabkan dua lebam pada bahagian hadapan atas lengan kanan (mangsa),” katanya. Saksi sama berkata, tidak mungkin mangsa terhimpit antara jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan van EMRS kerana ia akan menyebabkan kesan kecederaan yang berlainan. Jika itu berlaku (terhimpit antara FRT dan EMRS), berkemungkinan besar mangsa akan mati di situ juga,” katanya.
Dr Shahrom berkata, rumusan berhubung apa yang berlaku pada Muhammad Adib dibuat berdasarkan dokumen, material dan video diperoleh daripada Syazlin. Ia berdasarkan sains masa kini, sebab saya tak berada di tempat kejadian,” katanya. Mangsa juga mungkin dihentak ke pintu van berkenaan oleh sekurang-kurangnya tiga individu sehingga menyebabkan kepatahan tujuh tulang rusuk kiri dan lebam, pada bahagian paru-paru kirinya.
Saksi inkues ke-29, bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (dahulunya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Prof Dr Shahrom Abd Wahid berkata, ia berdasarkan video lakonan semula kejadian dan kesan corak kecederaan pada mangsa. Mangsa mati akibat kecederaan parah paru-paru kiri dan kanan akibat hentakan trauma tumpul. Hentakan trauma tumpul bukan akibat perbuatan diri sendiri tetapi akibat perbuatan dua atau lebih orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada prosiding hari ke-23 inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini. Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung esok. – HM Online