Input your search keywords and press Enter.

Lima RUU Diluluskan Dewan Rakyat

M Update, 9/4/2019 – Dewan Rakyat semalam telah meluluskan lima Rang Undang-undang (RUU) berkaitan dengan kastam, eksais dan cukai berikutan keputusan kerajaan menjadikan Pulau Pangkor destinasi baharu zon bebas cukai.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pangkor akan dijadikan destinasi baharu zon bebas cukai untuk merealisasikan potensi sebenar pusat peranginan di perairan Perak itu. Kerajaan turut memperuntukkan kemudahan bebas cukai kepada pengusaha kedai di Pelabuhan Swettenham, dekat Pulau Pinang.

Lima RUU itu adalah RUU Kastam (Pindaan) 2019; RUU Eksais (Pindaan); RUU Zon Bebas (Pindaan) 2019; RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2019 dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019. Dalam masa yang sama taraf Pulau Langkawi sebagai zon bebas cukai juga akan diperkembangkan. – BH Online

Leave a Reply