Input your search keywords and press Enter.

Pemukiman Malaysia – Singapura Bermula Hari Ini

M Update, 9/4/2019 – Pemukiman Pemimpin Malaysia – Singapura Kesembilan bermula di sini pagi ini, membabitkan pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Acara bermula dengan ketibaan Hsien Loong di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada jam 9.45 pagi, disusuli pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin. Selepas itu berlangsung Mesyuarat Delegasi dari Malaysia dan Singapura sebelum kedua-dua Perdana Menteri dijadualkan mengadakan sidang media serta membacakan Pernyataan Bersama.

Kedua-dua pemimpin kemudian dijadualkan hadir jamuan tengah hari rasmi di Seri Perdana, di sini. Pertemuan tahunan itu yang diadakan secara bergilir-gilir di antara kedua-dua negara ialah mekanisme penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta mencari penyelesaian isu-isu dua hala. Sesi pemukiman pertama diadakan pada 2007 di Langkawi dan sejak itu, menjadi forum kepada kedua-dua negara untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin. – BH Online

Leave a Reply