Input your search keywords and press Enter.

Sidang Media Khas MB Perak Mengenai Pencemaran Sungai Rui

M Update, 10/4/2019 – Satu sidang media telah diadakan oleh YAB Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengenai pencemaran yang berlaku di Sungai Rui, Klian Intan, Hulu Perak telah diadakan bagi memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai pencemaran yang berlaku.

Jawatankuasa Khas atau Task Force telah ditubuhkan bagi merancang pelan tindakan strategik bagi menangani pencemaran ini memandangkan pencemaran ini melibatkan risiko keselamatan awam. Perhaps the most famous https://casinodulacleamy.com/ and popular of the Double Diamond party games is Double Diamond, which was also the original name for Deuces Wild.

Tahap pencemaran Sungai Rui adalah rendah dan tidak mengancam keselamatan orang ramai namun kerajaan negeri tetap mengambil serius terhadap penemuan ini.

Kerajaan telah mengambil sampel rambut daripada 300 penduduk Kampung Air Gandar yang mengalami simpton sakit kulit dan telah dihantar kepada Institut Kajian Perubatan Malaysia (IMR) bagi tujuan untuk analisis bagi mengenalpasti punca penyakit kulit yang dihadapi oleh para penduduk.

Kerajaan Negeri akan menjalankan kajian yang lebih teliti bagi mengenalpasti punca pencemaran dan komited untuk mengambil tindakan bagi mengawal dan memulihkan sungai yang terjejas. Ini termasuk menghentikan segala aktiviti yang diputuskan secara konklusif, sebagai penyumbang kepada pencemaran.

Menteri Besar Perak juga menghargai segala usaha dan tindakan pantas yang diambil oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam menangani isu pencemaran ini.

Leave a Reply