Input your search keywords and press Enter.

Singgah Seni Dapat Sambutan

M Update, 10/4/2019 – Tarikan terbaru yang pastinya menjanjikan seribu keistimewaan dan kelainan tersendiri di Dataran Putrajaya, Presint 3. Santai sambil menyaksikan pelbagai persembahan menarik, itu antara pengisian program Singgah Seni kini mendapat sambutan orang ramai.

Singgah Seni merupakan program dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya diadakan pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula jam 6 petang sehingga 11 malam. Ia merupakan program santai dan sesuai ditonton penggemar seni dan hiburan.

Singgah Seni merupakan program yang diberi nafas dan penjenamaan baharu. Ia diwarnai dengan persembahan kesenian dan kebudayaan yang lebih santai dan sesuai untuk seisi keluarga dalam usaha menggalakkan program-program berbentuk kesenian di Putrajaya.

Objektif penganjuran program Singgah Seni ini adalah untuk mempelbagai dan menyemarakkan aktiviti kesenian dan kebudayaan. Persembahan kebudayaan turut mewarnai Singgah Seni.

Adanya penganjuran Singgah Seni ini secara langsung menceriakan waktu malam di Putrajaya dengan aktiviti yang sihat dan berunsur kekeluargaan. Dalam masa sama, merapatkan semangat ukhuwah dalam kalangan komuniti Putrajaya melalui aktiviti kesenian dan kebudayaan.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply