Input your search keywords and press Enter.

Wanita Dipenjara Lima Tahun Simpan Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk Beku

M Update, 11/04/2019 – Juri mendapati wanita berusia 43 tahun itu bersalah kerana menafikan hak bayi berkenaan untuk dijaga dengan rapi dan diberi makanan sehingga mendatangkan kematian.

 Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara lima tahun semalam atas kematian bayi lelakinya yang dijumpai di bahagian peti sejuk beku pada tahun 2010.

Dikenali sebagai Karine E, dia bagaimanapun melangkah keluar mahkamah sebagai wanita bebas, dengan baki hukuman 37 bulan digantung manakala dua tahun lagi sudah dijalani sementara menanti tempoh perbicaraan.

Menurut pendakwa, bayi malang itu diletakkan di dalam beg plastik ketika masih hidup dan meninggal dunia akibat lemas.

Peguam bela pula menuntut tertuduh dibebaskan dengan berkata tiada bukti sahih menunjukkan wanita itu membunuh anaknya.

Mahkamah mendapati tertuduh yang mengalami masalah menerima hakikat dirinya mengandung, adalah mangsa kepada gangguan psikologi atau masalah neuro psikologi hingga mempengaruhi kemampuannya untuk berfikir secara waras.

Tertuduh semasa perbicaraan memberitahu mahkamah, dia tidak dapat mengingati tempoh melahirkan bayi berkenaan dan bersedia memberikan keterangan.

Pakar yang menjalankan pemeriksaan ke atas mayat bayi terbabit mendapati mangsa hanya seberat 2 kilogram dan meninggal dunia akibat masalah pernafasan, bukan kerana dibunuh.

Mayat bayi itu dijumpai lima bulan kemudian pada Jun 2010, oleh bapanya sendiri.

Tahun lalu, seorang wanita lain dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun kerana melemaskan lima bayinya yang baru lahir dan menyimpan mayat mereka di dalam peti sejuk beku. – AFP

Leave a Reply