Input your search keywords and press Enter.

5 Maut Kebakaran Kilang Di Vietnam

M Update, 12/04/2019 – Seramai lima orang terbunuh dan tiga yang lain hilang selepas sebuah kilang pembuatan dan gudang di Hanoi terbakar, lapor media tempatan, hari ini.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), kebakaran itu memusnahkan sebuah kilang membuat tong kitar semula dan bungkusan gel silika, termasuk gudang penyimpanan makanan sejuk beku serta produk kayu.

“Pihak berkuasa menjumpai mayat mangsa dan kelima-lima mayat dibawa keluar daripada kawasan kilang. Pihak berkuasa sedang berusaha mencari tiga lagi mangsa,” lapor VNA selepas kebakaran yang berlaku berhampiran daerah Nam Tu Liem.

Berlaku percanggahan laporan media berhubung jumlah kematian yang dikatakan melebihi lima orang tetapi jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan.

Menurut pihak berkuasa kebakaran itu bermula sejak awal pagi dan pihak polis masih menyiasat punca kebakaran dan gambar yang dikongsikan di tempat kejadian menunjukkan pasukan bomba sedang memindahkan mayat daripada kawasan kebakaran.

Menurut saksi, kebakaran itu berlaku sepanjang malam dan api membakar dengan pantas bangunan kilang serta gudang, di kawasan bangunan komersial yang biasa dilihat di seluruh Hanoi,

“Hanya dalam 20 minit, api yang membakar kilang plastik menjulang tinggi, tidak ada siapa yang boleh mendekati kerana api sedang marak,” kata saksi Vu Van Can kepada media tempatan, VnExpress. – AFP

Leave a Reply