Input your search keywords and press Enter.

Ringgit dibuka lemah

M-Update,12/4/2019, KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan data ekonomi yang kurang memberangsangkan, kata peniaga. Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.1175/1225 berbanding dolar AS daripada 4.1120/1160 penutup Khamis.

Ketua Perdagangan dan Strategi Pasaran SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia meningkat 1.7 peratus tahun ke tahun pada Februari, mencatatkan pertumbuhan paling perlahan sejak Jun 2018, berikutan indeks sektor perkilangan dan sektor elektrik berkembang pada kadar yang lebih perlahan, manakala perlombongan mencatatkan penurunan yang lebih ketara.

Ringgit berhadapan kesukaran ketika mana keadaan domestik yang merosot, satu lagi mangsa perang perdagangan AS-China,” katanya.Menambah kepada masalah ringgit, beliau berkata ialah harga minyak yang susut susulan cakap-cakap di pasaran bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dijangka meningkatkan bekalan sekiranya harga terus meningkat.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0356/0404 daripada 3.0383/0417 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6839/6887 daripada 3.7008/7048.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.3775/3844 daripada 5.3826/3883 tetapi susut nilainya berbanding euro kepada 4.6450/6510 daripada 4.6367/6428. – BERNAMA

Leave a Reply