Input your search keywords and press Enter.

RM10 Bilion Untuk Meningkatkan Infrastruktur Telekomunikasi Malaysia

Sepuluh Billion Ringgit Malaysia akan dibelanjakan oleh Kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang bagi mengukuhkan infrastruktur telekomunikasi Malaysia. Dalam masa yang sama ia membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan internet lebih pantas dan stabil. Strategi ini bertujuan untuk meningkatkan penerokaan jalur lebar negara yang berupaya mencetuskan pelbagai manfaat terhadap limpahan ekonomi.

Selain itu, suntikan sebanyak Rm18 bilion akan dilakukan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Apabila penerokaan jalur lebar ditingkatkan, negara akan menikmati KDNK yang lebih tinggi yang tidak termasuk limpahan manfaat lain kepada ekonomi. Berdasarkan perbincangan, kerajaan dijangka untuk belanja RM1 bilion hingga RM2 bilion setahun bagi tempoh lima tahun, maka potensinya sehingga RM10 bilion akan dibelanjakan kerajaan untuk menyediakan keperluan rangkaian telekomunikasi.

Pada 18 April ini Pameran 5G Malaysia akan diadakan di Putrajaya selama empat hari dan pameran tersebut bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dimana ia akan menghimpunkan 11 pihak yang akan mempamer teknologi telekomunikasi termaju 5G yang mengadaptasi lapan komponen manfaat teknologi seperti mesin-ke-mesin (M2M0, internet kebendaan (loT) dan kereta pandu sendiri.

Tambahan pula, SKMM mempunyai dua dana iaitu Dana SKMM yang ditubuhkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Dana USP) yang ditubuhkan mengikut Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.

Kini, SKMM menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri untuk melihat potensi  penggunaan dua dana terbabit dalam mempercepat serta meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi gentian optic, tanpa wayar dan 5G.

Jika perlu, SKMM bersedia untuk meninjau meraih dana daripada pasaran modal kerana SKMM mencari kaedah untuk merangasang dan menambah baik infrastruktur ekonomi.

Leave a Reply