Input your search keywords and press Enter.

Empat Maut Ditembak Di Kanada

M Update, 16/04/2019 – Empat orang ditembak mati di tiga kawasan di barat bandar Penticton, Kanada, kata polis persekutuan dalam insiden tembakan yang dipercayai sudah dirancang.

“Kami mengesahkan empat orang terbunuh di tiga lokasi, setiap satu pada jarak empat kilometer,” kata penguasa polis, Ted De Jager pada sidang akhbar.

Menurut De Jager, seorang lelaki berusia 60 tahun menyerah diri dan ditahan selepas polis menerima panggilan pembunuh dua mangsa, awal pagi semalam.

Penyiasat menjumpai mayat dua mangsa ketika pencarian di kawasan pinggir bandar, yang mempunyai kira-kira 30,000 penduduk.

“Kami dapat memastikan kejadian tembakan ini sudah dirancang lebih awal,” kata De Jager.

Media tempatan melaporkan, motif pembunuhan masih tidak dapat dipastikan semalam tetapi mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain. – AFP

Leave a Reply