Input your search keywords and press Enter.

16 Maut Ditembak Ketika Hadiri Jamuan Di Nigeria

M Update, 17/04/2019 – Enam belas penduduk maut, manakala 14 lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di satu jamuan bagi meraikan bayi baharu lahir, di tengah Nigeria.

Saksi berkata, antara yang terbunuh adalah ibu bapa bayi terbabit.

Kejadian itu berlaku pada malam Ahad lalu di Nasarawa, iaitu negeri yang sering terbabit dalam insiden keganasan antara kumpulan petani dan penternak separa nomad.

Ketika kejadian, lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah tetamu yang sedang meraikan bayi yang baharu lahir, bersama keluarga mereka di Numa, Akwanga.

“Serangan berlaku ketika semua tetamu sedang bergembira menyambut kelahiran seorang bayi pada malam itu.

“Lelaki yang tidak dikenali membunuh 16 mangsa dan mencederakan 14 yang lain,” kata timbalan pesuruhjaya polis, Umar Shehu Nadada kepada AFP. – AFP

Leave a Reply