Input your search keywords and press Enter.

Ibu Raja Thailand Alami Aemam, Jangkitan Pundi Kencing

M Update, 17/04/2019 – Ibu kepada Raja Thailand, Ratu Sirikit, 86, kini dirawat di sebuah hospital di sini akibat demam, kata Biro Keluarga Diraja dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut biro, Sirikit dimasukkan ke Hospital Chulalongkorn Bangkok semalam selepas mengalami demam akibat jangkitan pundi kencing.

Sirikit yang juga permaisuri kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada 2016 selepas tujuh dekad memerintah, adalah ibu kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn, 66.

Baginda jarang dilihat berada di khalayak, tetapi pihak istana ada mengedarkan gambar terbaru beliau bersempena sambutan hari lahir ke-86 pada 12 Ogos tahun lalu.

Gambar itu menampilkan baginda bersama beberapa anaknya termasuk Raja Vajiralongkorn. – Reuters


Leave a Reply