Input your search keywords and press Enter.

Parlimen Mesir Undi Lanjutkan Pemerintahan Sisi

M Update, 17/04/2019 –  Parlimen Mesir yang dipenuhi pembuat dasar setia kepada Presiden Abdel Fattah al-Sisi memulakan sesi untuk mengundi pindaan perlembagaan yang mengekalkan kuasa bekas ketua tentera itu sehingga 2030.

Pada mulanya, cadangan pindaan itu diperkenalkan pada Februari lalu oleh blok ahli parlimen penyokong Sisi dan dikemaskini, minggu ini, selepas dibahaskan beberapa kali.

Ia termasuk meminda Perkara 140 perlembagaan untuk membenarkan presiden melanjutkan penggal semasa empat tahun yang tamat pada 2022 sebanyak dua tahun lagi.

Perubahan itu membenarkan Sisi bertanding untuk satu lagi penggal enam tahun dan mungkin kekal sebagai presiden sehingga 2030.

Parlimen negara itu juga akan mengundi pindaan perlembagaan kontroversi, pengkritik bimbang ia akan membenarkan pengaruh tentera lebih kuat dalam politik Mesir. – AFP


Leave a Reply