Input your search keywords and press Enter.

Padah Tunjuk Anu

M Update, 19/4/2019 – Gara-gara berkelakuan tidak senonoh, seorang lelaki ditahan oleh pihak polis. Dia ditangkap selepas enam jam selepas aksi lucahnya ditularkan di media sosial Facebook (FB), hari ini.

Video berdurasi 1.29 minit itu pada awalnya memaparkan lelaki memasuki sebuah premis di Kota Tinggi dan cuba menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di situ.

Tidak hanya itu, lelaki yang memakai topi keledar, berbaju putih dan berseluar pendek dilihat beberapa kali cuba mendekati wanita yang enggan menghampirinya.

Wanita berkenaan kemudian membuat panggilan kecemasan dan meninggalkan premis itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, pihaknya sudah menahan seorang lelaki tempatan lingkungan 50-an dalam tempoh 24 jam selepas video itu dimuat naik.

Suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply