Input your search keywords and press Enter.

Gempa Bumi 6.3 Landa Tengah Filipina

M Update, 22/04/2019 –  Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda wilayah tengah Filipina, sebentar tadi.

Seorang saksi memberitahu Reuters, gempa bumi itu mengakibatkan beberapa bangunan di kawasan perniagaan utama di Manila bergegar.

Pusat gegaran dilaporkan terletak 60 kilometer di barat daya Manila dan pada kedalaman 40 kilometer.

Terdahulu USGS melaporkan gempa bumi terbabit berukuran 6.4 magnitud, namun tidak kemudian ia diturunkan kepada 6.3 magnitud.

Setakat ini, tiada laporan kematian atau kerosakan diterima, tetapi sebahagian pekerja di Manila sudah mengosongkan bangunan pejabat masing-masing. – Reuters

Leave a Reply