M Update, 22/04/2019 – Liga Arab berikrar untuk menyalurkan AS$100 juta (RM413.25 juta) setiap bulan kepada kerajaan Palestin untuk menampung keperluan selepas Israel menyekat pindahan cukai awal tahun ini.
“Kami mengesahkan beberapa negara Arab akan menyokong belanjawan negara Palestin untuk mengatasi tekanan politik dan kewangan yang dihadapi,” kata Liga itu susulan perjumpaan mereka di sini.
Israel mengutip cukai bagi pihak Palestin tetapi menahan AS138 juta yang sedia untuk dipindahkan pada Februari, susulan bayaran kepada banduan politik yang dipenjara kerana menyerang Israel.
Tindakan Liga Arab dibuat ketika pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donad Trump bersiap untuk memperkenalkan ‘Deal of the Century’ yang disebut-sebut sebagai syarat perdamaian antara Palestin dan Israel.
Pemimpin Palestin yang sudah memulau Washington susulan beberapa tindakan termasuk mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, mengatakan mereka sudah tidak lagi percaya kepada Amerika Syarikat sebagai orang tengah.
Liga Arab berkata rundingan itu tidak akan berjaya untuk mengekalkan keadaan aman di Asia Barat.
Pelan perdamaian itu sedang dibangunkan oleh menantu Trump, Jared Kushner yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin berhaluan kanan Israel, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Israel menduduk Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan timur Bailtulmaqdis pada 1967 ketika perang Arab-Israel. – AFP