M Update, 22/4/22019 – Hasil pujukan dari anggota bomba, seorang lelaki yang cuba terjun dari menara azan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Jalan Lurah 19, Kempas Baru, Johor Bahru berjaya diselamatkan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru Rafie Ahmad Sareng berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.13 tengah hari berhubung insiden itu.
Sebuah jentera pemadam (FRT) bersama tujuh anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan tiga anggota bergegas ke lokasi.
Anggota bomba menggunakan kaedah memujuk kira-kira 30 minit sebelum membawa mangsa turun menggunakan tali.
Mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Sumber : Harian Metro