Input your search keywords and press Enter.

Bas Jatuh Gaung Di Bolivia, Ragut 25 Nyawa

M Update, 23/04/2019 – 25 orang maut selepas sebuah bas yang melanggar dua trak, terjunam 200 meter ke dalam jurang, kata polis Bolivia semalam.

Difahamkan ketika kejadian, bas terbabit cuba memotong sebuah trak malam Ahad lalu apabila ia bertembung dengan sebuah trak lain di utara La Paz, kata ketua polis, Yuri Calderon.

“Ia menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan dan terbabas sebelum jatuh ke jurang sedalam 200 meter,” kata Calderon.

Ketua peronda lebuh raya, Fernando Rojas, yang dikutip oleh agensi berita Fides, merevisi jumlah itu tidak lama kemudian.

“Setakat ini, kami mengeluarkan kira-kira 25 mayat manakala 24 lain yang cedera sudah dihantar ke pelbagai hospital,” kata Ketua Peronda Lebuh Raya, Fernando Rojas.

Bas yang dikendalikan syarikat Totai itu sedang dalam perjalanan dari utara La Paz, ke bandar Rurrenabaque, di Amazon.

Angka korban insiden terbabit menjadikannya kemalangan bas paling mengerikan tahun ini.

Pada Januari lalu, 22 terkorban selepas dua bas bertembung di laluan antara wilayah selatan Oruro dan Potosi. – AFP

Leave a Reply