Input your search keywords and press Enter.

PATI Digempur!

M Update, 23/4/2019 – Satu Ops Bersepadu Cegah Jenayah telah dilaksanakan di kawasan dalam dan luar bangunan kompleks beli belah, Segama, Manggatal, Jalan Bantayan, Batu 6 dan Kampung Kitobu, Inanam Sabah. Operasi itu bermula pada jam 4 petang. seramai empat belas pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan dalam ops tersebut.

Operasi selama tujuh jam itu memeriksa seramai 47 orang dan menahan 14 individu disyaki PATI. Selepas menjalankan pemeriksaan ke atas 47 orang, seramai 13 lelaki dan seorang wanita tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

PATI yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 33 tahun disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Operasi itu dibantu oleh beberapa agensi iaitu Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply