Input your search keywords and press Enter.

Usaha Menyelamat Mangsa Gempa Bumi Pampanga Dipertingkat

M Update, 23/04/2019 – Gempa bumi berukuran 6.3 itu melanda barat daya ibu negara semalam dan mendatangkan kerosakan besar pada lapangan terbang serta mengakibatkan penduduk tempatan bertempiaran lari apabila melihat bangunan pencakar langit bergoyang, kata
Ahli sains dari Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) .


Pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari puluhan mangsa dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang runtuh berhampiran Manila susulan gempa bumi kuat ketika jumlah kematian sudah mencecah 11 orang.

Kemusnahan paling besar berlaku di wilayah Pampanga dengan 11 kematian dilaporkan manakala puluhan mangsa lagi cedera parah dihempap runtuhan batu termasuk di Manila.

Menurut pihak berkuasa bencana, jumlah kematian dijangka meningkat susulan kerja-kerja menilai kerosakan di kawasan terpencil yang terputus hubungan dan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Sekumpulan besar anggota penyelamat di pekan Porac dilihat sedang mengimpal kren dan jentolak bagi menaikkan kepingan besar struktur konkrit pada bangunan setinggi empat tingkat iaitu lokasi kehilangan 30 mangsa.

“Mereka mendengar sekurang-kurangnya seorang mangsa masih hidup dan dia dipercayai tertimbus di bawah runtuhan konkrit,” kata Gabenor Pampanga, Lilia Pineda kepada wartawan.

Gempa bumi itu turut memusnahkan sebuah gereja berusia ratusan tahun yang sarat dengan pengunjung bagi mengikuti upacara keagamaan sempena perayaan Easter. – AFP

Leave a Reply