Input your search keywords and press Enter.

Velesto Energy peroleh kontrak Petronas Carigali RM432.33 juta

Velesto Drilling Sdn Bhd iaitu anak syarikat Valesto Energy Bhd memperoleh empat kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd dimana keseluruhannya bernilai RM432.22 juta (AS$104.68 juta) bagi penyediaan perkhidmatan pelantanr penggerudian boleh naik dan turun “jauck-up”.

Makluman Bursa Malaysia menyatakan bahawa tiga kontrak bagi pelantar “jack-up” NAGA 2 dan NAGA 3 sama-sama bernilai RM105.07 juta (AS$25.44 juta), dan NAGA 5 bernilai RM108.08 juta (AS$26.17 juta) akan bermula pada April atau Mei 2019.

Sementara itu, kontrak “jack-up” bagi NAGA 6 yang bernilai RM114.11 juta (AS$27.63) akan bermula pada Jun atau Julai 2019.

Kontrak yang diberi bertempoh setahun dan sekiranya terdapat opsyen tambahan ia kan dianjak setahun ke setahun bagi setiap kontrak yang dijangka menyumbang secara positif bagi pendapatan dan aset bersih sepanjang kontrak itu.

Leave a Reply