Input your search keywords and press Enter.

3 Beranak Maut Bersama

Gambar hiasan

M Update, 24/4/2019 – Tiga beranak maut selepas motosikal dinaiki bertembung sebuah pacuan empat roda di Kilometer 3, Jalan Tenom-Kemabong, Tenom, malam tadi. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 malam, motosikal ditunggangi lelaki berusia 32 tahun bersama dua pembonceng iaitu isterinya berusia 42 tahun bersama anak mereka berusia 8 tahun.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi tiga beranak itu datang dari arah Kemabong menuju ke pekan Tenom manakala pemandu kenderaan dalam perjalanan ke Kampung Chinta Mata.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, motosikal berkenaan dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung pikap jenis Toyota Hilux. Difahamkan, kenderaan pacuan empat roda berkenaan cuba mengelak namun gagal memberhentikan kenderaan akibat jarak terlalu hampir.

Semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala pemandu pikap tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya, pemandu pikap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan.

Katanya, siasatan mendapati pemandu kenderaan dan penunggang tidak disyaki mabuk tetapi sampel darah sudah diambil untuk menjalani ujian alkohol dan dadah. Sehubungan itu, Hasan meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – HM Online

Leave a Reply