Input your search keywords and press Enter.

Pengeluar Madu Manuka NZ Mengaku Tambah Bahan Kimia Tiruan

M Update, 24/04/2019 – Sebuah syarikat New Zealand mengaku salah semalam atas tuduhan menambah bahan kimia tiruan ke dalam madu premium manuka keluarannya, lapor media dalam pendakwaan utama terhadap produk eksport bernilai tinggi negara itu.

New Zealand Food Safety memfailkan kes itu terhadap Evergreen Life Ltd berpusat di Auckland, yang mana produknya ditarik balik dari pasaran pada 2016 oleh Kementerian Perindustrian Utama, mendakwa ia mungkin mengandungi sebatian tidak diluluskan.

Permintaan untuk produk madu dipercayai memiliki manfaat kesihatan dan kosmetik, meningkat di peringkat global, terutama manuka, dikumpul daripada bunga tumbuhan asli New Zealand dan Australia.

Spesies berbeza tumbuhan itu tumbuh di bahagian lain dunia namun ia tidak menghasilkan bunga diperlukan dalam pembuatan madu, menjadikan manuka lebih mahal dengan balang kecil dijual sehingga ratusan dolar.

Manuka juga dianggap memiliki bahan antibakteria lebih baik berbanding madu lain, sebahagiannya kerana ia secara semula jadi mengandungi asid omega digelar DHA dan antasid dikenali MGO.

Menurut perkhidmatan awam Radio New Zealand, Evergreen didakwa menambah bahan kimia tiruan bagi meningkatkan paras agen anti-bakteria, membolehkan syarikat menjual madu itu dengan harga lebih mahal.

New Zealand berada di kedudukan ke-14 dunia untuk isipadu madu eksport dan kedua dari segi nilai, menurut data agensi Perdagangan dan Keusahawanan New Zealand.

Pada 2017, New Zealand mengeksport hampir AS$270 juta (RM1.12 bilion) produk madu, hampir dua kali ganda berbanding 2013. Madu manuka dianggap majoriti eksport. Hukuman terhadap kes Evegreen dijadualkan akhir bulan ini. -Reuters

Leave a Reply