Input your search keywords and press Enter.

Jong-un, Putin Bertemu Buat Julung Kali

M Update, 25/04/2019 – Presiden Vladimir Putin dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mengadakan pertemuan julung kali di wilayah paling timur di Russia hari ini, dengan Jong-un mencari sokongan dalam ketegangan nuklear dengan Amerika Syarikat.

Pesawat Putin mendarat di bandar raya Vladivostok di pantai Pasifik sehari selepas kereta api yang membawa pemimpin Korea Utara itu berhenti di stesen zaman Tsarist di bandar raya berkenaan.

Bendera kedua-dua negara dikibarkan pada tiang lampu di pulau Russky, lokasi pertemuan diadakan di kampus universiti.

Pertemuan itu adakan yang pertama bagi Jong-un dengan seorang lagi ketua negara sejak perjumpaan kedua dengan Presiden Donald Trump di Hanoi Februari lalu, yang berakhir tanpa sebarang perjanjian mengenai senjata nuklear Korea Utara.

Kim mahu mendapatkan sokongan Russia dalam mengendurkan ketegangan yang dikenakan ke atas Pyongyang berhubung program nuklear, manakala Putin berusaha membabitkan Moscow dalam satu lagi masalah global.

Tiba di Russia semalam, Jong-un berkata beliau berharap pertemuan itu berjaya dan bermakna.

Antara isu yang berkemungkinan dibentangkan adalah nasib 10,000 buruh Korea Utara yang bekerja di Russia dan dijangka meninggalkan negara itu pada akhir tahun ini susulan sekatan. — AFP

Leave a Reply