Input your search keywords and press Enter.

Sarawak : Pengajaran Sains, Matematik Dalam Bahasa Inggeris

M Update, 25/4/2019 – Kerajaan Sarawak bersetuju melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata persetujuan itu dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, pada pertemuan mereka di Wisma Bapa Malaysia, semalam. Sehubungan itu, katanya, Sarawak menjadi negeri pertama melaksanakan pengajaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris seperti dikehendaki Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan Sarawak juga bersetuju membantu kita (Kementerian Pendidikan) untuk melatih guru yang akan mengajar mata pelajaran itu,” katanya kepada media sejurus pertemuan dengan Abang Johari, petang ini. Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan universiti tempatan dalam menjayakan latihan kepada guru terbabit.

Guru-guru yang sudah menjalani latihan itu pula akan melatih guru lain pula dalam usaha kita melahirkan ramai guru yang mahir bahasa Inggeris untuk mengajar dua mata pelajaran itu, katanya. Difahamkan, ketika ini kira-kira 400 guru sekolah rendah di Sarawak sudah menjalani latihan itu yang diadakan di universiti tempatan, di sini.

Leave a Reply