Input your search keywords and press Enter.

PIBG Sekolah Basuh Kereta Cikgu sempena Hari Guru

M Update, 26/4/2019 – Guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor, dekat sini, dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan 15 ibu bapa seawal pukul 8 pagi dengan masing-masing membawa baldi, cecair pembersih dan kain pengelap untuk memberi kejutan sebagai menghargai jasa guru di sekolah berkenaan semalam.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah itu, Hisyam Daud berkata, ini adalah sebahagian kejutan yang dirancang jawatankuasanya tanpa pengetahuan guru.

Menurutnya, kerja-kerja membasuh itu melibatkan ibu bapa murid Tahun Enam sebagai simbolik menghargai jasa guru yang mendidik anak-anak dari usia tujuh tahun sehingga sekarang.

Kami sempat mencuci kesemua 46 buah kereta cikgu termasuk empat buah motosikal. Kerja mencuci kenderaan dimulakan ketika semua guru bersama 268 murid berkumpul di medan perhimpunan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, guru besar Zurina Ripin berkata, ini adalah kali pertama kehadiran ibu bapa secara berkumpulan untuk bersama mengadakan aktiviti bagi sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Kami hanya sedar apabila mereka selesai membasuh kenderaan dengan menggunakan peralatan yang dibawa sendiri. Saya hargai kesungguhan ibu bapa ini dan akan terus bekerjasama bagi memastikan anak didik kami berjaya,” katanya.

Leave a Reply