Input your search keywords and press Enter.

Rezeki Guru

M Update, 26/4/2019 – Seorang guru Sekolah Kebangsaan Teluk Wang dipilih sebagai pemenang utama e-Peraduan yang membawa pulang sebuah Ford Ranger 2.2L XLT, diumumkan pada hari terakhir Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019, semalam.

Hadiah disampaikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad kepada Norasyikin Ahmad, 35, yang hadir bersama ahli keluarganya.

Norasyikin ketika ditemui melahirkan rasa syukur apabila diumumkan sebagai pemenang utama peraduan yang disertainya sejak Isnin lalu.

Slogan yang membawanya dipilih sebagai pemenang utama adalah Pelaburan Membawa Keuntungan Sebagai Simpanan Masa Hadapan Untuk Pendidikan Anak Kesayangan Serta Atasi Inflasi Pasaran.

Beliau percaya amalan surah Waqiah dan solat Dhuha satu faktor dia dimurahkan rezeki sekali gus memenangi hadiah berkenaan.

“Berkat amalan itu pada tahun lalu, suami (Muhamad Shazili Jaafar, 36) pernah memenangi pakej umrah dan hadiah kereta dalam peraduan lain.Tahun ini, rezeki memihak kepada saya pula apabila membawa pulang sebuah kereta Ford Ranger,” – Norasyikin Ahmad


Sumber : Harian Metro

Leave a Reply