Input your search keywords and press Enter.

Wanita Rakyat Australia Dipenjara 30 Tahun Cuba Seludup Heroin

M Update, 26/04/2019 – Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun oleh mahkamah Kemboja hari selepas didapati bersalah cuba menyeludup hampir dua kilogram heroin dari Phnom Penh.

We Thi Tran ditahan di lapangan terbang Phnom Penh Januari lalu oleh polis imigresen selepas menerima maklumat daripada Polis Persekutuan Australia.

Wanita berusia 38 tahun itu sedang menanti waktu untuk menaiki penerbangan ke Australia yang akan transit terlebih dahulu di Hong Kong ketika ditahan.

Mahkamah perbandaran mendapati beliau bersalah atas tuduhan mengedar dadah selepas lebih setahun ditahan di penjara Prey Sar, Phnom Penh.

Hakim Khuon Sona ketika menjatuhkan hukuman berkata, tertuduh perlu menghabiskan masa selama 30 jam di dalam penjara dan membayar denda sebanyak 80 juta riel (RM81,483).

Rakyat Australia kelahiran Vietnam itu pada 9 April lalu di mahkamah, mengaku membawa beberapa beg heroin yang diterima dari dua lelaki Vietnam di Phnom Penh.

Menurut laporan media tempatan, dia meletakkan beg berkenaan bersama barisan bagasi miliknya yang lain.

Kemboja melaksanakan hukuman yang ketat untuk semua kesalahan berkaitan dadah sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebagai membanteras tindakan penyeludup menjadikan negara berkenaan transit utama, khususnya bagi dadah jenis heroin dan metafetamin.

Hukuman keras dikenakan ke atas pesalah, dengan ratusan pesalah ditahan setiap tahun termasuk pegawai kanan kerajaan dan rakyat asing. – AFP

Leave a Reply