Input your search keywords and press Enter.

Dr Mahathir : Kos ECRL mungkin dikurangkan lagi

M Update, 29/4/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dikurangkan lagi. Walau bagaimanapun, pengurangan kos itu bergantung kepada skop kerja pelaksanaan projek berkenaan.

“Kita mengambil maklum keikhlasan China dan mereka memahami masalah dihadapi Malaysia sehingga sanggup berbincang semula berhubung projek ECRL. Mereka bersetuju mengurangkan kos (pembinaan ECRL). Mereka amat memahami dan sensitif dengan masalah yang kita hadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerjanya selama lima hari di China bagi menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) di sini, semalam.

Ditanya sama ada kerajaan akan mendedahkan perincian kontrak ECRL, Dr Mahathir berkata, perkara itu boleh dilakukan walaupun pelbagai perkara sudah didedahkan. Kita juga perlu mengambil maklum perkara sensitif terhadap China,” katanya. – BH Online

Leave a Reply