Input your search keywords and press Enter.

Malaysia pilihan pelabur Amerika Syarikat


Ramsy Toubassy

ON Semiconductor akan membelanjakan RM1 bilion dalam sektor eletrik dan elektronik (E&E) serta mengembangkan kilangnya di Negeri Sembilan, oleh itu Dewan Perdagangan Amerika di Malaysia (Amcham) menjangkakan syarikat Amerika Syarikat akan melakukan lebih banyak pelaburan di Malaysia.

Selain itu Amerika Syarikat menyifatkan Malaysia sebagai lokasi yang amat strategic untuk perniagaan malah negara Malaysia merupakan negar yang penting bagi Amerika untuk melakukan sebarang pelaburan.

Pelaburan sebanyak RM1 bilion itu dijangka mencipta 2,400 pekerjaan baru bagi penduduk Malaysia. Disamping itu, Ketua Pegawai Eksekutif AmMetLife Insurance Bhd Ramsy Toubassy berkata  Malaysia akan terus menjadi antara destinasi pelaburan pilihan syarikat dari AS walaupun berhadapan dengan persaingan yang semakin meningkat dari negara lain seperti Indonesia dan Vietnam kerana mereka menyifatkan Malaysia sebagai lokasi yang amat baik untuk perniagaan.

MetLife Insurance mempunyai pelaburan berjumlah hampir AS$1 bilion di Malaysia, kira-kira AS$500 juta dalam bon kerajaan dan entiti berkaitan kerajaan. Dalam masa yang sama beliau menyatakan hasrat untuk membina pusat kecermelangan baharu untuk kewangan di Kuala Lumpur yang akan menggajikan seramai 80 orang dan ingin memindahkan 60 pekerjaan aktuari dan perakuanan ke ibu negara Malaysia.

Ujar beliau, tidak banyak negara yang boleh menyediakan keistimewaan seperti yang ada dalam Malaysia termasuklah cuaca yang baik dimana Malaysia bebas daripada bencana alam, penggunaan bahasa Inggeris yang meluas, kemudahan seperti sekolah antarabangsa yang bukan sahaja menjadikan kedihupan di negara Malaysia mudah untuk golongan expatriate malah kos sara hidup yang jauh lebih rendah berbanding Singapura dan Hong Kong.

Leave a Reply