Input your search keywords and press Enter.

Angka Kematian Tanah Runtuh Cecah 13 Orang

M Update, 30/04/2019 – Seramai 13 penduduk maut dalam kejadian tanah runtuh di timur Republik Demokratik Congo (DR Congo), selepas tujuh lagi mangsa dilaporkan terbunuh semalam.

Pihak berkuasa berkata, ia berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

“Pada Jumaat lalu, enam penduduk dilaporkan terkorban di Mahanga, iaitu wilayah di utara Kivu,” kata pertubuhan bukan kerajaan tempatan (NGO).

Pentadbir bagi wilayah Masisi, Cosmas Tangakolo, ketika memberitahu AFP berkata, tujuh lagi mangsa maut dalam insiden tanah runtuh kedua di kawasan yang sama.

“Enam jambatan, lapan sekolah dan 90 kediaman adalah antara kemudahan yang musnah dihanyutkan arus deras akibat hujan lebat,” kata kakitangan NGO terbabit. – AFP

Leave a Reply