M Update, 03/05/2019 –
Taman tema baru Star Wars di Disneyland habis ditempah dalam masa dua jam selepas dibuka atas talian semalam apabila peminat berlumba untuk menjadi yang pertama mengalami tarikan berdasarkan siri filem ikonik itu.
Taman di California mula menerima tetamu pada jam 10.00 pagi waktu tempatan untuk mengunjungi ‘Galaxy’s Edge’ pada tiga minggu pertama selepas pembukaan 31 Mei ini.
Menjelang tengah hari, pegawai berkata semua slot masa empat jam sudah dipenuhi.ADVERTISING
Tarikan bernilai AS$1 bilion (RM4.14 bilion) itu menyediakan permainan, restoran dan bar bertemakan ruang angkasa.
Pengunjung yang mahu melawat taman itu ketika tempoh berkenaan masih belum membuat tempahan tetapi cuma dengan menempah bilik di salah satu daripada tiga hotel di situ.
“Kami gembira tetamu kami teruja seperti kami menantikan pembukaan Star Wars: Galaxy’s Edge pada 31 Mei ini.
“Kami tidak sabar menunggu mereka melawat dan tidak sabar memberikan pengalaman hebat kepada mereka sekarang dan selepas 23 Jun ini, apabila tempahan tidak lagi perlu dibuat,” kata jurucakap Disneyland, Liz Jaeger.
Dengan jangkaan ramai pengunjung pada pembukaan, Disney melaksanakan peraturan di taman di Anaheim, termasuk had saiz ke atas kereta tolak bayi dan gerabak dan menghapuskan ruang merokok. — AFP