Input your search keywords and press Enter.

Brunei Batal Laksana Hukuman Mati Kes Homoseks

M Update, 06/05/2019 – Sultan Brunei melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang seks sejenis ekoran kritikan global termasuk dari kalangan selebriti seperti George Clooney dan Elton John.

Negara terkecil di Asia Tenggara itu mencetuskan kemarahan, selepas melaksanakan undang-undang syariah, 3 April lalu, dengan memperkenalkan hukuman rejam sampai mati untuk kesalahan meliwat, seks luar nikah dan rogol.

Brunei sebelum ini konsisten mempertahankan haknya untuk melaksanakan undang-undang terbabit, ia kali pertama diperkenalkan pada 2014 dan dibatalkan secara berperingkat, sejak itu.

Bagaimanapun, dalam tindak balas jarang berlaku kepada kritikan, Sultan Hassanal Bolkiah memaklumkan hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPCO).

Ada beberapa jenayah yang membawa hukuman mati di Brunei termasuk bunuh dan pengedaran dadah, namun tiada hukuman dilaksanakan sejak 1990-an.

“Saya sedar wujud banyak persoalan dan salah faham mengenai pelaksanaan SPCO. Namun, kami percaya apabila isu ini selesai, merit undang-undang ini akan lebih jelas.

“Sejak lebih dua dekad, kita melaksanakan moratorium pelaksanaan hukuman mati untuk kes di bawah undang-undang ‘common law’.

“Moratorium ini juga akan dilaksanakan terhadap SCPO secara lebih meluas,” katanya, ketika berucap sempena awal Ramadan, hari ini. – Reuters

Leave a Reply