Input your search keywords and press Enter.

Dibakar Suami Kerana Cemburu

M Update, 6/5/2019 – Selepas tujuh hari bertarung nyawa, wanita mangsa kejadian dibakar suaminya sendiri gara-gara cemburu di Taman Krubong Permai pada minggu lalu akhirnya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka di sini semalam. Mangsa, S. Vijeyyenthi, 39, yang melecur 70 peratus di anggota badan termasuk muka menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, suami mangsa berusia 45 tahun yang telah ditahan pada hari sama kejadian iaitu 29 April lalu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sebelum ini suspek disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, namun kes telah dipinda ke Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian terhadap mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan seorang wanita melecur 70 peratus di bahagian badan selepas dibakar oleh suaminya sendiri gara-gara mengesyakinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dalam kejadian di Taman Krubong Permai, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun dibakar suaminya menggunakan minyak petrol yang dipercayai diambil dari tangki motosikal milik wanita berkenaan. Suspek berjaya ditangkap di tapak perlupusan sampah dan didapati positif Methampitamine serta dibawah pengaruh alkohol.

Hasil siasatan lanjut turut mendapati lelaki itu juga baru dibebaskan dari Penjara Sungai Udang pada 17 April lalu atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk dua kes melibatkan keganasan rumah tangga. – K! ONLINE

Leave a Reply